24 Apr 2013

KINI DIRIKU TUNANGAN ORANG

Assalamualaikum, senyum sampai ke telinga sebab tiba-tiba teringat kan kenangan masa tunang bulan lepas. Rasa tercuit hati ini melihat kesemua gambar-gambar tunang. Ya, sy dah bertunang dan menjadi tunangan kepada My Incik Y yang tersayang pada 2/3/14. :) Alangkah bersyukur dan gembiranya hati bila dah bergelar tunang orang ni. Memang ramai yang cakap, kenapa nak tunang awl? kan muda lagi nanti tak puas enjoy. Bila lambat tunang pula, orang akan bertanya juga kenapa tak tunang-tunang lagi? dah nak jd Andartu pun. Macam-macam betul perspektif masyarakat zaman sekarang ni. 

Tunang awal atau lambat bagi sy tiada salahnya kan. Bergantung pada individu itu sendiri untuk membuat pilihan dan keputusan. Dah ada yang hendak meminang, dan baik untuk kita terima sahaja lah. Kang klu terlalu memilih sangat, xde yang nak baru tau!! hehehe Lagi satu benda negatif yang sy selalu dengar adalah '' ha, dah tunang ni macam2 dugaan tau, bergaduh la ape la mcm2 la..'' tettttttttt...sy fikir sekejap, kalu tak bertunang tak ada dugaan ke?


Rasanya lagi banyak dugaan sebelum tunang jika dibandingkan selepas tunang ni. Ya lah, sebelum tunang nak jumpa pun takut2..dah tunang xde masalah pun, senang je datang umah dah leh jumpa dan sembang2. Lagi best tau, leh lepak skali dengan mak ayh. Dapat mengeratkan lagi hubungan antara tunang dengan family serta sy dengan familynya. Masa tunang hari tu, alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tak sangka memang ramai tetamu yang datang. Dah cam kenduri kahwin jadinye. 


Masuk bab posing mosing ni, pergh!!ade yang best ade yang tak. Yang x bestnye kena berjonggeeee(bca dalam sleng nogorie ye) tongah paneh kek tongah2 sawah. Nak xnak demi gambar tunang kan, berjemur je la bawah terik matahari tu. Cian my incik y, berpeluh2 bam2 bulat sy tu. Sy sendiri pun tak tahan masa tu dan mang berharap shooting habis awal dan dapat rehat. Ni la antara gambar2 kami :) 



Blue peplum by Salwa Sidek Creation
Thanks kak wa 4 d <3 peplum


with kaki bully asyu..

my pretty mak

my hero (ayah)












17 Apr 2013

YANG TERINDAH

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah





Teringat kat lagu ni sebab my incik tunang penah bagi time pujuk saya merajuk..hehehe ^_^ 
(*love you pakcik jonet...muuuuaaahhh!!!)








FATIH SEFERAGIC




MasyaAllah.... merdu dan lunak sungguh suara Fatih Seferagic. Siapa kenal Fatih? tak semua pemuda pemudi masa kini mengenali Fatih. Dalam kalangan hafiz dan hafizah mungkin Fatih sangat di kenali dan menjadi idola mereka kerana Fatih merupakan seorang al-hafiz muda berbangsa Bosnia yang di lahirkan di Jerman. Fatih Seferagic bukan sahaja memiliki suara yang merdu dan lunak ketika mengalunkan surah-surah serta ayat al-quran malah dikurniakan wajah yang tampan. 

Siapa yang memandang pasti tertawan. MasyaAllah...Wanita mana yang tak mengimpikan seorang lelaki sepertinya, tampan serta diri dilengkapi dengan Islam itu Agamaku.. (...kepada en.tunang, saya bersyukur dengan kehadiran awak dalam hidup saya, dan saya doakan awak akan jadi Iman yang terbaik buat saya di dunia hingga ke syurga,aminn...) . First time saya mendengar suara nya membaca surah Yusuf ini memang menenangkan dan mengasyikkan. Kalau anda kelapangan try la dengar nasyid nyanyian Fatih ni, tajuknya Gurabah..pon best jugak tau. 

16 Apr 2013

TERKILAN


Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan nikmat oleh Allah swt untuk meneruskan kehidupan hari ini. Masih diberi peluang menikmati segala pemberianNya yang tidak ternilai dengan wang ringgit, malah kalau ingin dibilang skali pun masih belum mampu untuk kita bilanginya. Ibarat mengira butiran pasir di tepi pantai semestinya tiada kesudahan. Bersyukur kerana kita masih hidup pada hari ini sesungguhnya esok belum pasti buat kita kerana mati adalah perkara yang paling hampir dengan manusia. 

Astagfirullah al azim, apakah perlu saya nyatakan rasa yang masih bersarang di dalam hatiku ini atau pun abaikan saja. Ya, perasaan rasa terkilan masih ada di dalam hati ini. Walaupun telah saya cuba untuk tidak menghiraukannya,ia masih timbul di saat saya duduk sendiri dan kesunyian. Ya Allah, bimbingilah saya untuk melupakan hal itu. Tindakannya, kelakuannya, tutur bicaranya, hilangkan lah segalanya itu dari diriku ya Allah. Tiap kali teringat akan tindakan,kelakuan dan tutur bicaranya, hati saya menjadi sakit. 

Mungkin bagi dia ianya biasa, tapi bagi saya amat sakit. Namun saya sebagai seorang hambaNya perlu kuat dan tabah dalam menghadipi cabaran hidup ini. Perlu banyak muhasabah diri sendiri. Alhamdulillah atas ujian yang Engkau berikan ini Ya Allah. Saya tahu pasti ada perkara yang tersirat dan tersurat telah tersusun untuk saya. Ada hikmahnya yang saya tidak nampak hari ini namun Allah janjikan pada masa akan datang. 
Saya seorang insan yang lemah dan daif,saya tidak layak rasanya untuk meminta berlebih-lebihan kepada Allah kerana Allah telah memberikan terlalu banyak rahmat dan nikmat kepada saya.

Terima kasih mak kerana sentiasa merasionalkan saya ketika saya kalut meluah rasa hati ini. Mak sentiasa ada buat saya dikala saya memerlukan teman berbicara, banyak nasihat yang mak berikan pada adik yang kadang-kadang adik perlu fikir banyak kali baru faham. Ya Allah, terima kasih atas anugerah yang terlalu berharga buat saya ''mak''. Saya redha atas ujian ini, walau seperit mana kata yang dia lontarkan, kasar tindakannya, saya akan cuba bersabar dan tabahkan hati ini. In sya Allah...

Meskipun keperitan yang di alami terlebih dahulu sebelum kebahagian dan kegembiraan menyapa,saya pasti ada hikmah menanti di penghujung perjalanan ini. Jikalau bukan kepada saya...kepada mak ayah saya dan keluarga saya.... 

15 Apr 2013

SETELAH SEKIAN LAMA


Assalamualaikum.. Alhamdulillah, setelah sekian lama tak buka blog ni, dah berabuk-rabuk jadinya. Setahun lamanya blog ini terkubur tanpa coretan. Ke mana perginya saya ye? hhmmm, bila di ingat kan balik, pelbagai peristiwa yang terjadi tahun lepas. Sedih gembira semuanya ada. Tahun lepas azam nya nak tunang 12.12.12, tapi x kesampaian..hehehehe, ni gara-gara rancangan sengal dengan dak-dak sekelas la ni.

Nak di jadikan cerita, tarikh yang di anggap best n cantik tu tetap bermakna buat saya kerana lahirnya seorang kalifah baru di muka bumi Allah ini. Pandai je my niece pilih tarikh nak keluar dari perut ibunya. Alhamdulillah, bertambah lagi cucu-cucu mak ayah saya. Tahun 2013 ni siapa bakal membuat penambahan ahli keluarga agaknya? kak iza ke, kakngah ke (xmungkin,hehehe),or kak eton lg? SAYA!!! 

Hahahuhuuhehehe....memang tak lah kan.. kawin pun belum lg. So, jangan nak berangan sangat lah ye cik fit.  "ok, x berangan dah ;p". Ni la gambar my new niece yang comel dan sangat la senang ketika menjaganya. tak kuat menangis, bila bagi susu terus tidur. Asyu doakan semoga Ainul jadi anak yang solehah buat ibu dan ayah ye sayang..