15 Apr 2013

SETELAH SEKIAN LAMA


Assalamualaikum.. Alhamdulillah, setelah sekian lama tak buka blog ni, dah berabuk-rabuk jadinya. Setahun lamanya blog ini terkubur tanpa coretan. Ke mana perginya saya ye? hhmmm, bila di ingat kan balik, pelbagai peristiwa yang terjadi tahun lepas. Sedih gembira semuanya ada. Tahun lepas azam nya nak tunang 12.12.12, tapi x kesampaian..hehehehe, ni gara-gara rancangan sengal dengan dak-dak sekelas la ni.

Nak di jadikan cerita, tarikh yang di anggap best n cantik tu tetap bermakna buat saya kerana lahirnya seorang kalifah baru di muka bumi Allah ini. Pandai je my niece pilih tarikh nak keluar dari perut ibunya. Alhamdulillah, bertambah lagi cucu-cucu mak ayah saya. Tahun 2013 ni siapa bakal membuat penambahan ahli keluarga agaknya? kak iza ke, kakngah ke (xmungkin,hehehe),or kak eton lg? SAYA!!! 

Hahahuhuuhehehe....memang tak lah kan.. kawin pun belum lg. So, jangan nak berangan sangat lah ye cik fit.  "ok, x berangan dah ;p". Ni la gambar my new niece yang comel dan sangat la senang ketika menjaganya. tak kuat menangis, bila bagi susu terus tidur. Asyu doakan semoga Ainul jadi anak yang solehah buat ibu dan ayah ye sayang.. 


No comments:

Post a Comment