16 Apr 2013

TERKILAN


Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan nikmat oleh Allah swt untuk meneruskan kehidupan hari ini. Masih diberi peluang menikmati segala pemberianNya yang tidak ternilai dengan wang ringgit, malah kalau ingin dibilang skali pun masih belum mampu untuk kita bilanginya. Ibarat mengira butiran pasir di tepi pantai semestinya tiada kesudahan. Bersyukur kerana kita masih hidup pada hari ini sesungguhnya esok belum pasti buat kita kerana mati adalah perkara yang paling hampir dengan manusia. 

Astagfirullah al azim, apakah perlu saya nyatakan rasa yang masih bersarang di dalam hatiku ini atau pun abaikan saja. Ya, perasaan rasa terkilan masih ada di dalam hati ini. Walaupun telah saya cuba untuk tidak menghiraukannya,ia masih timbul di saat saya duduk sendiri dan kesunyian. Ya Allah, bimbingilah saya untuk melupakan hal itu. Tindakannya, kelakuannya, tutur bicaranya, hilangkan lah segalanya itu dari diriku ya Allah. Tiap kali teringat akan tindakan,kelakuan dan tutur bicaranya, hati saya menjadi sakit. 

Mungkin bagi dia ianya biasa, tapi bagi saya amat sakit. Namun saya sebagai seorang hambaNya perlu kuat dan tabah dalam menghadipi cabaran hidup ini. Perlu banyak muhasabah diri sendiri. Alhamdulillah atas ujian yang Engkau berikan ini Ya Allah. Saya tahu pasti ada perkara yang tersirat dan tersurat telah tersusun untuk saya. Ada hikmahnya yang saya tidak nampak hari ini namun Allah janjikan pada masa akan datang. 
Saya seorang insan yang lemah dan daif,saya tidak layak rasanya untuk meminta berlebih-lebihan kepada Allah kerana Allah telah memberikan terlalu banyak rahmat dan nikmat kepada saya.

Terima kasih mak kerana sentiasa merasionalkan saya ketika saya kalut meluah rasa hati ini. Mak sentiasa ada buat saya dikala saya memerlukan teman berbicara, banyak nasihat yang mak berikan pada adik yang kadang-kadang adik perlu fikir banyak kali baru faham. Ya Allah, terima kasih atas anugerah yang terlalu berharga buat saya ''mak''. Saya redha atas ujian ini, walau seperit mana kata yang dia lontarkan, kasar tindakannya, saya akan cuba bersabar dan tabahkan hati ini. In sya Allah...

Meskipun keperitan yang di alami terlebih dahulu sebelum kebahagian dan kegembiraan menyapa,saya pasti ada hikmah menanti di penghujung perjalanan ini. Jikalau bukan kepada saya...kepada mak ayah saya dan keluarga saya.... 

No comments:

Post a Comment