15 Jul 2013

RENUNGAN SEKETIKA : Do not b 2 hopeful !

Jangan terlalu berharap atau pun mengharap! Ya, jangan terlalu berharap dan mengharapkan sesuatu yang orang janjikan pada diri kita kerana belum tentu ianya akan ditunaikan. Jangan terlalu berekspektasi tinggi kerana pada akhirnya akan mengecewakan. Sebelum saya sedar akan kata-kata ini, pada awalnya saya berfikir wajar saja saya berharap kerana bukan saya yang meminta tapi ada yang menjanjikan. Jika pada akhirnya yang menjanjikan itu terlupa, apakah ianya salah saya kerana berharap? atau dia yang salah? Entahla, mungkin juga saya salah kerana terlalu berharap sesuatu yang tidak pasti lagi. 

Jangan la jadi seorang yang hanya pandai menabur janji yang pada dasarnya janji itu sekadar untuk dimungkiri. Cuba bayangkan diri anda sendiri dalam situasi orang yang anda lakukan sekarang.Pasti juga perasaan kecewa itu hadirkan. Namun, buat diri saya sendiri sememangnya mulai detik ini saya tidak akan terlalu berharap dengan apa yang orang janjikan dan tidak akan mengukir kata-kata yang mengandungi ''janji'' kerana tidak ingin melukakan hati orang lain dengan perkataan ''janji'' itu. Jangan terlalu 100% percaya akan janji yang ditaburkan malah sisakan sedikit ruang untuk menjangka sebaliknya. Hanya Allah swt yang menepati janjiNya tepat pada waktu. 





FIRST JULY



Sudah dua bulan lamanya saya tidak mengupdate blog ni. Rindu nak mencoret dan meluahkan rasa hati disini. Bila dah lama tak mencoret ni, mula la rasa blur je cam  tak ada idea nak tulis. Bulan lepas agak busy dengan kerja baru n tempat baru. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah berkat doa mak ayah. Dulu masa study selalu terfikir, dapat kerja ke nanti,apa la saya akan buat lepas habis study,sekarang semuanya terjawab dengan baik sekali. Sungguh sempurna susunan dan aturan Allah itu buat hambanya. Cuma kadang kala kita saja yang leka dan lupa untuk bersyukur pada Nya.

Semalam result for last sem dah keluar. Tak sabar rasanya nak pergi ambil result tu, tapi di sebabkan kerja terpaksa la tangguh dulu niat nak pergi ambil result semalam. Harap result kali ni plg tinggi la gpa n cgpa nya. Surat makluman convocation pun dah sampai ke rumah.15 september majlis bakal berlangsung di dewan convocation baru kat consist.Syukur,akhirnya grad jgk budak ergo ni. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang 3 tahun pengajian banyak mengajar saya untuk lebih berdikari dan menjadi lebih dewasa.