13 Aug 2011

LA TAHZAN


Hari ini milik anda

Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu petang tiba. Hari inilah yang akan kamu jalani, bukan hari kemarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan esok hari yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari Anda dan siangnya menyapa Anda inilah hari Anda.

Umur Anda, mungkin tinggal hari ini. Maka, anggaplah masa hidup Anda hanyalah hari ini atau seakan-akan Anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup Anda tak akan tercabik-cabik diantara gumpalan keresahan, kesedihan dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.

Pada hari ini pula, sebaiknya Anda mencurahkan sepenuh perhatian, kepedulikan dan kerja keras. Pada hari inilah, Anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang khusyu’, bacaan al-Quran yang sarat tadabbur, zikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam semua hal, keindahan akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah telah beri, perhatian terhadap alam sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta perbuatan baik terhadap semua.

Pada hari dimana Anda hidup, saat inilah sebaiknya Anda membahagikan waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minitnya laksana ribuan tahun dan setiap detiknya laksana ratus bulan. Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini. Dan, persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari ini. Ber-istighfar-lah atas semua dosa, ingatlah selalu kepada-Nya, bersiap-siaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan! Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu dan jabatan Anda hari ini dengan penuh keredhaan.

{Maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur}
(QS:Al-A’raf : 144)

Hiduplah hari ini tanpa kesedihan. Kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian.
Jangan lupa, hendaklah Anda goreskan pada dinding hati Anda satu kalimat (bila perlu Anda tulis pula di atas meja kerja Anda): HARIMU ADALAH HARI INI. yakni, bila hari ini Anda dapat memakan nasi hangat yang harum baunya, maka apakah nasi basi yang telah Anda makan kelmarin atau nasi hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan Anda?

Jika Anda dapat minum air jernih dan segar pada hari ini, maka mengapa Anda harus bersedih atas air asin yang Anda minum kelmarin atau mengkhawatirkan air hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi?

Jika Anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat Anda, maka akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: Aku hanya akan hidup pada hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri Anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mensucikan setiap amalan.

Dan itu, akan membuat Anda berkata dalam hati. “Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja. Tak bercakap kotor dan jelik yang menjijikkan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan kejelekan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan menertibkan rumah dan pejabat agar tidak serabut dan bergolak. Dan kerana hanya ini saja aku hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak tanduk ku.”

Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Rabb, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah, berpegang teguh pada al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.
Aku hanya akan hidup hari ini, kerananya aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan berikut ranting-rantingnya yang berduri, baik sifat takabur, ujub, riak dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku dapat menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang sesat, memberi makan orang yang kelaparan, menolong orang yang sedang kesulitan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi orang yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi anak-anak kecil dan berbakti kepada orang tua.

Aku hanya akan hidup pada hari ini, maka aku akan mengucapkan, “Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi.”
“Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak akan ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.”

“Hari ini milik Anda”, adalah ungkapan yang paling indah dalam ‘kamus kebahagiaan’. Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

Keindahan + Ketenangan






















5 Aug 2011

Mengapa bersedih

Duhai teman seperjalanan, di sepanjang jalan kehidupan. Mengapa kita perlu berduka, kala ketentuan mengunjung tiba? Mengapa kita perlu bersedih, kala dirimu ingin dikasih? Perjalanan ini, suatu pembuktian. Kehidupan ini, suatu komunikasi. Kemunikasi antara sang hamba dengan Ilahi.

Manusia sering gundah, resah, gelisah dan bermacam-macam lagi kerenah, takkala dikunjungi oleh ketentuan Allah s.w.t.. Kala kita diuji dengan bebanan kehidupan, mengapa kita sering melupakan Dia yang menurunkan ujian? Mengapa kita terpaku khayal dalam tempurung ketentuan?

Duhai teman seperjuangan di sepanjang perjalanan kehidupan. Manusia bersedih kerana tidak melihat bebanan kehidupan sebagai simbol kasih. Manusia bersedih takkala dilanda musibah, kerana tidak melihat di sebaliknya wujud Allah yang Maha Pemurah.


Bahkan, manusia mudah kecewa dalam kehidupan, kerana tidak melihat dalam diri adanya unsur kehambaan. Manusia mudah lalai dalam kesenangan, kerana tidak melihat dalam usianya, ada tempoh kesudahan. Manusia yang semacam ini, sering berputar antara lalai dan kecewa. Pada hakikatnya, mereka sentiasa resah dalam suka dan duka.

Takkala mendapat kesenangan yang membuatkannya gembira dan suka, dia sentiasa resah jika kesenangannya hilang serta-merta. Dia takut nikmat yang dimilikinya dicuri, didengki dan dikhianati insan-insan di sekelilingnya. Takkala dia mendapat musibah, dia juga resah, kerana terasa dibebani oleh musibah. Ketika dalam kesenangan pun resah, dalam kesusahan pun resah juga?

Adakah manusia diciptakan hanya sekadar untuk resah, dalam senang mahupun susah?

Duhai teman. Hidup ini tidak seresah yang disangkakan. Hidup ini tidak perlu bersedih dalam menghadapi ketentuan dalam kehidupan. Demi sesungguhnya, ketentuan dalam kehidupan, tidak hadir tanpa sebarang maksud yang penuh berharga. Demi sesungguhnya, apa yang dikau kecapi dalam segenap kehidupanmu, bukan tiada makna dan tidaklah sia-sia.

Jangan pandang pada ketentuannya. Jangan pandang pada musibahnya. Jangan pandang apa yang dihadapi. Susah mahupun senang, semuanya dari Ilahi. Semuanya ada maksud yang tersembunyi, sekiranya dikau mengerti.

Hidup ini seluruhnya adalah sebuah komunikasi. Komunikasi antara kita dengan Tuhan yang Maha Mengasihi. Mengapa gusar terhadap komunikasi sehingga melupakan kasih sayang yang mana kepadaNyalah kita berinteraksi.

Apa sahaja ketentuan dalam hidupmu, ianya adalah bukti kasih sayangNya kepadamu. Apa sahaja yang menimpa kita, yakinlah ianya tidak pernah sia-sia. Bukankah Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Allah s.w.t. jika mengasihi seseorang hamba, Dia akan mengujinya?". Mengapa sedih dengan ujian, sedangkan diri sentiasa mendakwa ingin dikasihi Tuhan? Mengapa tida mampu redha dengan ketentuan, sedangkan diri masih sentiasa mengaku Dialah Tuhan?

Wahai teman. Dalam dirimu ada unsur kehambaan, sedangkan Allah s.w.t. menzahirkan ketuhananNya dalam kehidupan. Kita yang sebagai hambaNya, zahirkanlah kehambaan kita kepadaNya, dengan sabar dan redha, dalam setiap ketentuan yang melanda. Hidup ini adalah komunikasi cinta. Allah s.w.t. menzahirkan ketuhananNya dalam kehidupan kita, melalui ujian dan ketentuanNya, sedangkan kita, perlulah menzahirkan kehambaan kita kepadaNya dalam kehidupan kita, melalui sabar, syukur dan redha, dalam menerima setiap ketentuanNya.

Jika kita mengerti hakikat dikasihi, pasti kita mengerti, kesanggupan kita untuk menghadapi ujian Ilahi itu sendiri, tidak mampu untuk membeli cintaNya yang Maha Tinggi. Tiada yang lebih bernilai bagi kita yang merupakan makhluk-makhluk ciptaanNya, daripada kecintaanNya kepada kita.

Duhai teman yang ingin dikasihi Tuhan… Dunia ini sebentar cuma. Pejam celik, usia kita sudah semakin sampai ke penghujungnya. Apalah sangat nilai kesabaran, kesyukuran dan keredhaan kita, dalam usia kita yang semakin berkurangan, sedangkan balasannya adalah keredhaan, kecintaan dan kemesraanNya yang berpanjangan, di akhirat nanti yang abadi selamanya tanpa kesudahan.

Kalaulah nak diikutkan, apalah sangat untuk sabar dalam tempoh usia di dunia ini terhadap musibah dan ujian yang merupakan tanda kasih sayang Tuhan, jika ingin dibandingkan dengan keredhaanNya yang abadi di hari Kemudian.

Wahai temanku yang budiman… Dunia ini sebenarnya syurga, kalau kita tahu nilai kehidupan sebagai tempat menzahirkan kehambaan. Namapun hamba, mestilah menzahirkan kehambaan. Pada ujianlah, dapat kita menzahirkan kehambaan, dengan kesabaran. Pada kesenangan dariNyalah, kita dapat menzahirkan kehambaan, dengan kesyukuran. Pada ketentuanNya seluruhnyalah, kia dapat menzahirkan kehambaan, dengan meredhai setiap ketentuanNya. Kita hamba, maka jadilah hamba. Kita hamba, maka zahirkanlah kehambaan.

Hidup ini syurga, kerana di sinilah kita menzahirkan kehambaan. Syurga kita adalah pada kehambaan. Sesiapa yang tidak menzahirkan kehambaan di dunia, dengan mentaati setiap suruhan, dan tidak redha dengan setiap ketentuan, maka tiada baginya syurga di akhirat kelak. SyurgaNya hanya untuk hamba-hambaNya yang tahu diri mereka adalah hambaNya lalu menzahirkan kehambaanNya kepadaNya sejak di dunia.

Senyumlah kepadaNya yang sentiasa menunjukkan bukti cintaNya dalam segenap kehidupan kita. Teruskan berjalan dalam kehidupan dengan bergantung hanya kepadaNya semata-mata. Kita insan, tetaplah insan, yang serba lemah nan banyak kekurangan. Bagaimana kita mampu bergantung kepada diri kita yang serba kekurangan? Bagaimana kita sanggup bergantung kepada makhluk yang jua serba kekurangan? Bergantunglah hanya kepadaNya, maka kamu akan dapati hidup ini membawa ceria. Senyumlah kala ingin dikasihiNya melalui ujianNya. Zahirkanlah rasa rendah diri dan memerlukanNya dalam meneruskan perjalanan kehidupan.

Dengan demikian, kita sama-sama dapat meneruskan perjalanan, dengan penuh keceriaan, dek ketergantungan hanya kepada Tuhan, dan kerana memahami hidup ini tempat menzahirkan kehambaan. Allah s.w.t. mencintaimu, dan kerana itulah Dia mengujimu. Yakinlah dengan kasih sayangNya kepadamu, kerana Allah s.w.t. itu menurut apa yang kamu sangkakan. Berbaik sangkalah kepadaNya, kelak kamu ketahui Dia lebih baik (Maha Baik) dari apa yang kamu sangkakan.

4 Aug 2011

RamaDhan daTang :)

Persahabatan


Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Dan Bila Esok

waniTa dan air maTa


Indahnya Kejadian Wanita...Wanita Dan Air Mata... buat pertama kalinya aku menulis di sini. Mengapa??? aku sendiri tidak tahu mengapa...mungkin disebabkan tajuknya berkaitan WANITA...aku sedikit teruja utk memberikan pendapat..

Sebut sahaja WANITA DAN AIR MATA...aku sendiri tidak dapat memahami diri aku sebgai seorang wanita.. Kadangkala aku akn menangis sepanjang malam disebabkan oleh perkara2lama yg sudah berlalu....mengenangkan cinta pertama yg kecundang.....mengenangkan cinta yg tidak pernah kesampaian...mengenangkan dosa yg dilakukan.....mengenangkan dosa terhadap ibu bapa....

Kadangkala pula, hal yg begitu sedih berlaku...aku langsung tidak menangis!!!! MENGAPA???? Adakah jika wanita menangis dihadapan org membuktikan bahawa wanita itu telah tewas dan mengundang simpati org????

Seseorg pernah bertanya kpd aku...Mengapa Wanita Suka Menangiss...dia tidak mengerti???? Sikit2 menangis, dimarah sikit menangis, diberikan hadiah menangis, berlaku hal sedih menangiss...Dan jawapan yg aku berikan ialah...Kamu tidak mengerti dan tidak akan pernah mengerti... dan sememamngnya lelaki tidak akn memahami perkara ini krn wanita itu sendiri tidak dapat memahami mengapa dia perlu menangis......

kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada..."

Apabila ditinggalkan kekasihnya.....Wanita itu menangis krn cintanya telah didusta. dia menangis krn hati kekasihnya telah berubah...dia menangis krn cintanya yg ikhlas telah dipermainkan....

Apabila suaminya dilanda musibah....Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya krn hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga....

Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi..... Semua wanita akn mengalirkan air mata mereka. bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayh merupakan hubungan istimewa yg Allah ciptakan...

Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu menangis kerana dirinya akn meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akn diserahkan kepada lelaki yg dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi...

Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila dia menangis, itulah perasaanya yg ikhlas tatkala itu..air mata tidak berbohong wahai kaum adam. Seorang wanita itu tidak akn menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya... Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kejujuran, Kecurangan, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian....
Mengapa harus ada air mata???? Semua wanita memamng menangis tanpa ada alasan yg munasabah...Setelah puas aku berfikir, sedikit demi sedikit mulai aku fahami, sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA KEHIDUPAN.....

Air mata kekuatan, untuk melahirkan bayi dari rahimnya. Airmata kehangatan bagi bayi dalam dakapan lembutnya. Airmata yang peka dan kasih untuk mencintai dan merawat semua anak dan keluarga, dalam kaadaan apapun, dan dalam situasi bagaimanapun. Walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa mengeluh. Padahal tak jarang orang-orang yang dicintai itu menyakiti perasaan dan melukai hatinya.

Air mata ketabahan, atas kesedarhanaan hidup namun tak membuatnya terasing dalam pergaulan. Apalagi sampai mengurangi husnuzhannya terhadap Allah. Airmata ketegaran, saat rumah tangga melewati masa-masa pancaroba, atau hampir karam oleh badai cubaan. Seperti tangisan bahagia Khansa’ atas wafatnya suami dan tiga putera tercinta di medan jihad, syahid demi membela kekasih sejati: Muhammad SAW. Itulah airmata keperkasaan, pantang menyerah saat melalui masa-masa sulit. Kesusahan dan ujian itu membentuk kepribadian yang kuat dan teguh.

Air mata kesucian, sebagaimana tangisan Aisyah ra ketika dituduh berselingkuh oleh kaum munafik. Sehingga menimbulkan percakapan negatif dikalangan umat Islam bahkan Rasul pun hampir terpengaruh. Tapi Allah maha tahu. Airmata kesucian itu dikukuhkan kebenarannya oleh al-Qur’an.

Air mata yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal-hal yang mengusik hati nurani. Tangisannya bukan karena kelemahan tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang ia miliki. Wanita berfikir dengan hati dan merasa dengan fikirannya....

Sesungguhnya...wanita dan air mata memang tidak dapat dipisahkan... tetapi wahai kaum hawa, menangislah utk perkara yg membawa kebaikan kepadamu. jgn lah menangis utk perkara yg akan menambahkan lagi kedukaanmu... menangislah jika rasa ingin menangis...walau seteguh mana pun jiwa mu itu, air mata tetap akan menjadi temanmu sama ada dihadapan sahabat, keluarga atau dibelakang mereka...air matamu pasti akn berguguran jua....




Dalam menyiapkan coretan terakhir ini, air mataku mengalir tanpa aku sedari.. Itu lah dia Wanita,yang mudah tersentuh dan diluahkan dengan air mata.. 

10 fenOmena aLam paling menakJubkan

Red Tides
Sebuah fenomena alam yang terjadi karena berkumpulnya mikroorganisme di pesisir tempat bergabungnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuat air menjadi berwarna ungu dan merah.

Light Pillars
Fenomena visual yang tercipta krn pantulan cahaya.
Moeraki Boulders
Batu-batu berbentuk bulat yang berada di tepi pantai, terbentuk karena deburan ombak, yang terkenal berada di Pantai Koekohe.

Ice Circles

Lingkaran es fenomena yang sangat jarang sekali terjadi di air yang bersuhu dingin. lingkaran-lingkaran es besar ini dapat ditemui di skandinavia dan Amerika utara.

Columnar Basalt
Formasi bebatuan yang terbentuk dikarenakan lava dari letusan gunung yang mendingin. Basalt yang terkenal di dunia terletak di Giant's Causeway di Irlandia Utara.

Catatumbo Lightning
Orang Venezuela menamakan petir misterius itu Relampago del Catatumbo atau petir Catatumbo. Lokasi terjadinya petir ini di mulut sungai Catatumbo di danau maracaribo, Venezuela.
Kilat ini menyambar hebat dengan tinggi 5 km. Terjadi 140 bahkan sampai 160 kali di malam hari dalam 1 tahun. Setiap malamnya terjadi sambaran selama 10 Jam. Tiap jam terjadi sebanyak 280 kali sambaran.
Jadi dalam setahun kurang lebih 448.000 kali sambaran. Petir ini terjadi karena tumbukkan angin kencang yang berasal dari Pegunungan Andes. Konon, petir ini adalah pembentuk lapisan ozon yang paling besar di bumi

Cave of the Crystals
Gua yang berisi crystal terletak di situs pertambangan di Chihuahua, Meksiko.

Penitentes
Fenomena alam yang hanya terjadi di tempat antara Chili dan Argentina, yaitu salju di permukaan yang tinggi dan runcing karena tiupan angin yang kuat di pegunungan andes.

Pink and White Terraces

Keajaiban alam yang tinggal kenangan karena dihancurkan oleh letusan gunung berapi tarawera pada tahun 1886, Fenomena alam air hangat ini terbentuk dari semburan geyser yang melintas menuruni lereng bukit meninggalkan ketebalan es.
Kolam air hangat terbesar ini tercatat 3 hektar, sebelum kehancuranya fenomena ini masuk kedalam "The Eighth Wonder of the World".

Sun Dogs
Fenomena dimana matahari terlihat berjumlah 3 buah. 

Bulanpun Mendua

duduk di tepi sungai
sendiri
menatap air
beriak kecil
cahaya bulan
berenang
mencari pasangan
hanya awan
sedikit cemburuan
ilalang
berdiri memanjang
sunyi
desa sepi
dan mengingat
sebuah lanskap
tentangmu
bersama rembulan
di dalam
mataku.

Keperibadian Wanita daripada Cara Berjalan


Bagaimana menilai perempuan daripada cara Berjalannya? Kerana dengan sepintas memerhatikan cara berjalan para perempuan itu, kita mendapat gambaran sifatnya. Boleh percaya atau tidak, bergantung bagaimana kamu melihat dan melakukan pendekatan kepada perempuan itu.

Setiap gerakan wanita ketika berjalan melambangkan keperibadiannya.

  • Bila berjalan dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah (berjengket). Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur bila berbohong mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal wangnya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan lelaki. 
  •  Bila berjalan sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahasia. Walaupun banyak yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan temannya namun banyak lelaki yang berusaha untuk menaklukkan hatinya. Konon wanita seperti ini senang dibentuk.
  • Bila berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbicara dengan orang-orang yang dekat dengannya dan dpt dipercaya untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun jika ada lelaki yang berhasil menawan hatinya, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya. 
  • Bila berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatakannya jika anda tidak mahu mendengar dia bicara panjang lebar. Meski pendiriannya teguh tapi selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mau bicara dengan orang yang berpengetahuan luas. 
  •  Bila berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mau urusan pribadinya dicampuri orang lain. Gaya bicaranya serius menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini ia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang tegas tanpa meninggalkan sifat-sifat romantisnya.


faKta meNarik :)

  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan,jari atau kaki   adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  • Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun dia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
  •  Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
  • Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  • Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  • Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.             
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  • Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  •  Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liurakan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

aDam oh aDam

Wahai adam...
Lindungilah hawa selagi kamu mampu, 
bukan menyakitinya.
Bimbingilah hawa di jalan Nur-NYA, 
bukan menyesatkannya.
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah, 
bukan meracuninya.
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya, 
dan saling membantu.
Hilangkanlah egomu kerana, 
itu api yang membenamkan nur kebahagiaan.
Jaga diri hiasi peribadi, 
kelak tunggu lah dia sebagai bidadarimu ♥

Ingatlah wahai lelaki!

Wahai lelaki jua wahai adam...

Taklukilah hati wanita hawa itu dengan bicara keikhlasan cintamu.
Bukan mengharapkan balasan.
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.
Hamparkan padang keikhlasanmu dengan memberikan,
kedua telingamu untuk mendengarkannya.
Wangikan mulutmu dengan bicara kitab Ilahi.
Ajarkan ia perihal sunnah junjungan mulia.
Atur langkahmu menuju jalan rimba berdaunkan kejujuran.
Indah pelangi di langit tinggi, 
indah lagi pelangi di hati.
Bila bersemi bersama cinta Ilahi.

Ingatlah lelaki..Ingatlah adam!

Wahai adam..

Amatilah keindahan pelangi ciptaan Ilahi,
begitu cantik pada warna kebesaran ciptaannya.
Begitu juga indahnya pelangi cinta di hati ini.

Wahai adam beringatlah kamu~

Tatkala hati bertaut buat hawa,
Datanglah menjemput CINTA ♥ 
dengan senyuman keikhlasan.
Bicara kesetiaan dengan sapaan kejujuran.
Senyuman tanda kau benar-benar mencintainya ♥
Tanamkan bunga cinta kesyukuran, 
atas zat dan nikmat kekuasaan Ilahi.
Menadah dua tangan menangis kesyukuran.
Dengan izin-Nya maka dibenarkan kau untuk merasa.

Merasa apa?

Merasa apakah itu perasaan cinta 
dengan sebaik-baik penilaian.
Dengan sebaik-baik rujukan...
Baluti cintamu padanya dengan tangisan,
betapa di rasa diri itu kerdil...
Bukan dengan kemegahan pada maksiat bisikan syaitan,
jauhinya! bunuhinya..

Eratkan matamu melihat kalam-Nya..
Lunakkan telingamu dan ajarinya 
dengan nafas alunan suci Quran.
Rajinkan kakimu bersamanya melangkah 
menuju dakwah...
Wangikan mulutmu dengan penenang hati zikrullah
Perihal Junjungan mulia ajarinya satu per satu
Maka bertaut lah cinta berkati..

Subhanallah..

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam, 
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan, 
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi 
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha 
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu...




Itulah sebenar benar CINTA ♥ 

Wahai adam..
Sayang jua yang tidak sesekali mencampakkan ke neraka.
Cinta yang membawa ke syurga bahagia abadi.
Maka yang itu..
tunggu lah hawa itu sebagai bidadarimu kelak di syurga