15 Jul 2013

RENUNGAN SEKETIKA : Do not b 2 hopeful !

Jangan terlalu berharap atau pun mengharap! Ya, jangan terlalu berharap dan mengharapkan sesuatu yang orang janjikan pada diri kita kerana belum tentu ianya akan ditunaikan. Jangan terlalu berekspektasi tinggi kerana pada akhirnya akan mengecewakan. Sebelum saya sedar akan kata-kata ini, pada awalnya saya berfikir wajar saja saya berharap kerana bukan saya yang meminta tapi ada yang menjanjikan. Jika pada akhirnya yang menjanjikan itu terlupa, apakah ianya salah saya kerana berharap? atau dia yang salah? Entahla, mungkin juga saya salah kerana terlalu berharap sesuatu yang tidak pasti lagi. 

Jangan la jadi seorang yang hanya pandai menabur janji yang pada dasarnya janji itu sekadar untuk dimungkiri. Cuba bayangkan diri anda sendiri dalam situasi orang yang anda lakukan sekarang.Pasti juga perasaan kecewa itu hadirkan. Namun, buat diri saya sendiri sememangnya mulai detik ini saya tidak akan terlalu berharap dengan apa yang orang janjikan dan tidak akan mengukir kata-kata yang mengandungi ''janji'' kerana tidak ingin melukakan hati orang lain dengan perkataan ''janji'' itu. Jangan terlalu 100% percaya akan janji yang ditaburkan malah sisakan sedikit ruang untuk menjangka sebaliknya. Hanya Allah swt yang menepati janjiNya tepat pada waktu. 





FIRST JULY



Sudah dua bulan lamanya saya tidak mengupdate blog ni. Rindu nak mencoret dan meluahkan rasa hati disini. Bila dah lama tak mencoret ni, mula la rasa blur je cam  tak ada idea nak tulis. Bulan lepas agak busy dengan kerja baru n tempat baru. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah berkat doa mak ayah. Dulu masa study selalu terfikir, dapat kerja ke nanti,apa la saya akan buat lepas habis study,sekarang semuanya terjawab dengan baik sekali. Sungguh sempurna susunan dan aturan Allah itu buat hambanya. Cuma kadang kala kita saja yang leka dan lupa untuk bersyukur pada Nya.

Semalam result for last sem dah keluar. Tak sabar rasanya nak pergi ambil result tu, tapi di sebabkan kerja terpaksa la tangguh dulu niat nak pergi ambil result semalam. Harap result kali ni plg tinggi la gpa n cgpa nya. Surat makluman convocation pun dah sampai ke rumah.15 september majlis bakal berlangsung di dewan convocation baru kat consist.Syukur,akhirnya grad jgk budak ergo ni. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang 3 tahun pengajian banyak mengajar saya untuk lebih berdikari dan menjadi lebih dewasa.  



9 May 2013

TODAY IS MY BORNDAY

Assalamualaikum, alhamdulillah bangun pagi ni tersenyum-senyum sensorang dalam bilik.hehehee,al maklumlah besday girl la katakan.hahaha..Oppsss!! saya dah cukup dua puluh satu tahun hari ni ''9may13''. Anak mak n ayah dah besar tau,dah leh kawin dah.. ^_^ baru kerja dah gatal nak kawin. Adik x gatal, kawin tu yang gatal mak. Ok, xnak cerita sal kawin,lambat lagikan.

Syukur sangat sebab pada hari ulang tahun kelahiran saya ini, Allah kurniakan hadiah yang paling hebat buat saya. Hadiah paling best tau, x semua orang dapat cam saya dapat. Syukur sangat-sangat..Terima kasih Allah.Mesti tertanya-tanyakan apa hadiah tu? Hadiah paling bernilai pagi ni, bangun tidur siap2 nak pergi kerja dapat tengok muka mak n ayah.dapat salam,peluk dan cium mereka di pagi umur saya genap 21tahun.

Mungkin ianya biasa bagi orang lain tapi amat bermakna buat saya. Dapat melihat wajah mak n ayah sudah memadai bagi diri ini. Itu la hadiah yang terlalu bernilai kerna mereka tidak pernah membiarkan saya walaubagaimana sekalipun keadaan saya. Alhamdulillah, dari umur stu hari hingga dua puluh satu tahun ini masih berkesempatan melihat wajah mak n ayah.Kadang2 terfikir juga, bagaimana saya tanpa mereka kelak.

''Adakah saya bersedia andai mereka dijemput menemui Ilahi terlebih dahulu sebelum saya''. Ya Allah, kau berikan lah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari tersebut kelak.Hmm,tak mau la sedih-sedih. In sya Allah,mereka tetap bersama saya. Thanks to my bam2 bulat,tetap jam kul 12.01 dah call saya n nyanyikan lagu ''hepi besday n allah selmtkn saya''hehehe..sedap suara hero saya tu nyanyi tengah-tengah mlm tu.Love u triple B.  

comelkan kad hasil print oleh kak G ini.hehehe
memang suka sangat dengan kad omei ni

ini pula isi perot kad tu..macam2 wish untuk saya


Thanks a lot to psb family,mdm,sri anne,dinesh anne,prem,kak G,kak erin,kak nadia , boss je xde pagi tadi..kek yang Prem beli memang best. Walaupun baru dalam psb, tapi mereka layan saya cam orang lama dlm psb ni. hehehehe, saya kan paling muda n kecik. Mesti la dapat layanan istimewa. Terima kasih semua..mmuuuaaahhhh!!!!!!





8 May 2013

PERJALANAN PULANG


Perjalanan..pelbagai yang boleh di definisikan bagi perkataan tu. Perjalanan nak balik kampung, pergi ke destinasi impian dan lebih rapat lagi dengan manusia adalah perjalanan kehidupan sendiri. Pastinya terdapat perbezaan dalam perjalanan kehidupan masing-masingkan? ada yang miskin tapi kehidupannya bahagia,ada pula yang kaya tapi miskin dari segi kesenangan hati, ada golongan yang sederhana serba serbinya..

Mana yang lebih menyenangkan diri manusia sebenarnya. Apa yang dapat saya katakan, ia bergantung pada individu yang menerima situasi kehidupannya dengan cara yang bagaimana. Bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan atau menyesali perjalanan hidupnya sebegitu. Ya Allah, jika kita nak kira semua nikmat yang Allah berikan pada kita, memang tak terkira rasanya sebab nikmatNya melimpah ruah.

Dari dalam perut ibu, kita dipilih untuk jadi kalifahnya di muka bumi ini hingga la dah besar panjang macam sekarang ni,wOw!!tak terkira tau. So, sentiasa sematkan perkataan ini ''Alhamdulillah'' dan menyebutnya tanda kita bersyukur dengan nikmat yang diberi. Kalu nak beli sekali pun, belum tentu kita dapat beli nikmat dari Allah ini. Kita kena sentiasa ingat,nikmat ini hanya pinjaman sementara buat hambaNya. 

Buat diri ini, perjalanan hidup mungkin masih jauh dan mungkin juga singkat kerna sesungguhnya saya tidak tahu bila saya akn dijemput menemui pencipta saya. Mungkin sebentar lagi, mungkin esok lusa yang pasti saya tidak mengetahuinya. Saya hanya mampu berdoa agar diri ini di jemput menemui Illahi dalam keadaan yang baik serta bersedia.aminn.. 





UJIAN ITU TANDA ALLAH SAYANG KITA

Dalam keriangan terselit kedukaan, dalam kegembiraan tersembunyi kesengsaraan, dalam kebahagiaan tersimpan satu kekuatan dan ketabahan. Ia mungkin tidak akan ada pada orang lain kerna setiap manusia itu berbeza kekuatan dan ketabahan yang dimilikinya. Kekuatan dan ketabahan yang bagaimana. Kekuatan jasmani atau rohaninya. Mana yang lebih penting. Bagi saya kedua2nya penting dan tidak sempurna salah satunya jika hilang. Jasmani tidak sempurna tanpa Rohani dan sebaliknya. 

Ok, seperti yang kita semua sedia maklum, Ahad lepas semua rakyat jelata keluar mengundi. Mengundi untuk memilih pm seterusnya. Memilih atau telah dipilihkan, waallahualam..Siapa yang mengikuti perkembangan politik ni, tau la maksud saya ni.hehee.. Di mana keadilan itu berada pun hanya Allah yang mengetahui sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Mengetahui mana yang lebih baik untuk hambanya di muka bumi ini. Segala yang terjadi juga adalah atas izinNya juga. (but, credit to individu yang tetap mempertahankan dan memperjuangkan kebenaran yang masih disembunyikan oleh >> RMN!). 



Dah-dah, dah habis dah cerita bab pilihan berhantu raya ni. Yang sebenarnya cek nak habak mai, sabtu lepas dalam perjalanan pulang dari kiel ke kampung, cek ditimpa musibah. X-ciden kat tanjung ipoh. Al maklumlah, ramai yang balik kampung sebab nak mengundikan,saya pun sibuk sama la nak balik kampung. Nak jumpa cik encam n tok janggut kesayangan saya.hehehe. Saya ni asalkan namanya cuti, memang balik kampung la jawabnya. Dapat tengok muka mak ayah ni,hilang semua penat. Hati pun tenang je. Hmm,tapi hati sedih tengok kancil kenonit tu,remuk teruk. 

Muncung depan kemek memek,mata ceme sebelah,perot dia bocor. Aduh, kesian sungguh dan lagi kesian kat tuannya.hahahhaa..Banyak yang nak dibaiki ni. Apa pun, demi kancil kenonit kuar duit banyak pun kuar la. Asalkan ia pulih untuk berkhidmat seperti sedia kala. Lama dah usia kancil ni dan berkhidmat dari saya zaman sekolah lagi. Buat masa ni, dua hari kancil kenonit berehat kat bengkel. Miss my kenonit.. Semoga kenonit cepat sembuh ye sayang. muuuaaazzzxxx <3


Iklan cuci mata : sejuk mata memandang kan.. :)


Ini kali lah lagi power!!
v

IN SYA ALLAH!!! ALLAHUAKBAR!!!!






1 May 2013

LIMA BULAN,BULAN LIMA :)

1st Mei !! ooppsss...dah masuk bulan 5 sekarang ni? :) alangkah gembiranya hati bila tengok calendar dah bulan 5.Sekejap je masa berlalu sekarang ni, pejam celik pejam celik dah nak setengah tahun dalam dua ribu tiga belas. Over excited sebab bulan ni merupakan bulan kelahiran saya.tu yang terlebih2 happy tu, :( dah makin tua rupanya saya ni. hahaha, jangan nak perasan usia semakin muda ye, kena sedar usia makin meningkat dan terus meningkat hari demi hari, tahun demi tahun. Lagi beberapa hari je nak cukup umur untuk mengundi.huhuhu, tapi sayang tidak berkesempatan untuk mengundi kali ini. Next time ok!

Malam tadi sebelum tido tiba-tiba teringat kat seorang kawan ni ''kak mieha''. Bila teringat kat dia, so hati ni meronta-ronta nak pergi Pulau Perhentian. Kalau tak, tahun lepas lg dah terbang ke sana dengan mak ayah tapi tak jadi. Dah nak masuk praktikal mas itu. Saya rasa cam nak pergi perhentian la bulan ni, nak jalan2 kat sana sempena selebrate birthday sendiri kat sna. Senang cita, nak bawak diri kesana sebagai tanda menghargai diri sendiri. :) Mesti seronok dapat lakukan pelbagai aktiviti air kat sana. 

Snorkeling paling best dan itu la aktiviti yang paling saya nak lakukan sangat2 tau. :) Tersenyum2 sensorang bila bayangkan diri ni berada dalam air dan berenang-renang melihat keindahan hidupan laut.Wow, tak sabar rasanye nak pergi ke sana. Tapi masa tidak mengizinkan. Saya kerja dan jadual pack untuk bulan ini tambahan pula saya baru lagi bekerja. Tak kan nak minta cuti? hhmmmm, pendam kan aja hasrat di hati ini. In sya Allah, mungkin akan diberi kesempatan ke sana pada lain waktu kan. (ayat nak sedapkan hati je ni,hehehe) 


Indah kan pemandangan di perhentian ini.
 Lagi la membuatkan hati ni meronta-ronta nak ke sana.



In sya Allah, saya kan kesana juga.
Bezanya cuma, lambat ataupun cepat sahaja. :)