1 May 2013

LIMA BULAN,BULAN LIMA :)

1st Mei !! ooppsss...dah masuk bulan 5 sekarang ni? :) alangkah gembiranya hati bila tengok calendar dah bulan 5.Sekejap je masa berlalu sekarang ni, pejam celik pejam celik dah nak setengah tahun dalam dua ribu tiga belas. Over excited sebab bulan ni merupakan bulan kelahiran saya.tu yang terlebih2 happy tu, :( dah makin tua rupanya saya ni. hahaha, jangan nak perasan usia semakin muda ye, kena sedar usia makin meningkat dan terus meningkat hari demi hari, tahun demi tahun. Lagi beberapa hari je nak cukup umur untuk mengundi.huhuhu, tapi sayang tidak berkesempatan untuk mengundi kali ini. Next time ok!

Malam tadi sebelum tido tiba-tiba teringat kat seorang kawan ni ''kak mieha''. Bila teringat kat dia, so hati ni meronta-ronta nak pergi Pulau Perhentian. Kalau tak, tahun lepas lg dah terbang ke sana dengan mak ayah tapi tak jadi. Dah nak masuk praktikal mas itu. Saya rasa cam nak pergi perhentian la bulan ni, nak jalan2 kat sana sempena selebrate birthday sendiri kat sna. Senang cita, nak bawak diri kesana sebagai tanda menghargai diri sendiri. :) Mesti seronok dapat lakukan pelbagai aktiviti air kat sana. 

Snorkeling paling best dan itu la aktiviti yang paling saya nak lakukan sangat2 tau. :) Tersenyum2 sensorang bila bayangkan diri ni berada dalam air dan berenang-renang melihat keindahan hidupan laut.Wow, tak sabar rasanye nak pergi ke sana. Tapi masa tidak mengizinkan. Saya kerja dan jadual pack untuk bulan ini tambahan pula saya baru lagi bekerja. Tak kan nak minta cuti? hhmmmm, pendam kan aja hasrat di hati ini. In sya Allah, mungkin akan diberi kesempatan ke sana pada lain waktu kan. (ayat nak sedapkan hati je ni,hehehe) 


Indah kan pemandangan di perhentian ini.
 Lagi la membuatkan hati ni meronta-ronta nak ke sana.



In sya Allah, saya kan kesana juga.
Bezanya cuma, lambat ataupun cepat sahaja. :)


No comments:

Post a Comment